eKelas Penggal 1 Minggu 8

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 1 Minggu 8 ini telah diadakan pada 5 April 2019 (Jumaat) dan 6 April 2019 (Sabtu) bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag. eKelas merupakan inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang disediakan oleh Maxis bertujuan untuk memberikan pendidikan percuma secara atas talian kepada komuniti sekitar Pusat Internet.

Sesi pembelajaran eKelas ini telah diadakan secara langsung (live tutorial) bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 bersama dengan guru-guru yang berkaliber dan berpengalaman dalam mengendalikan kelas tutorial secara maya.

Dalam eKelas ini, para pelajar telah melakukan aktiviti dan tugasan secara berkumpulan dan perlu memuat naik tugasan tersebut ke dalam portal eKelas untuk dinilai oleh guru-guru tersebut. Selain itu, mereka juga menggunakan learning port yang terdapat dalam portal ekelas.com.my. Melalui learning port ini, para pelajar berpeluang untuk mengakses nota-nota, soalan-soalan dan permainan interaktif untuk pelbagai subjek matapelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah mengikut Sukatan Pelajaran Kebangsaan.

eKelas ini telah diadakan dalam sesi yang berasingan bagi pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 berdasarkan jadual yang telah disediakan. eKelas ini telah dihadiri seramai 22 orang pelajar.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali